Kepentingan Warranty: Pengalaman

Author: Shafeeq Badek, CORE Republic

KEPENTINGAN WARRANTY: PENGALAMAN

AMARAN: pos ini adalah panjang dan bukan dengan niat untuk menunjuk. ini bertujuan berkongsi pengalaman claim warranty yang diberikan pengeluar.

saya bukanlah seorang yang terlalu cermat menjaga beg sehingga tidak kotor, namun saya tidaklah ganas dalam penggunaan. beg hanya sekali pernah digunakan tanpa raincover/alas, kerana membawa muatan terlalu banyak (menjadi porter terjun ketika ke ekspidisi Gunung Kerinci, Indonesia). dan setiap masa lainnya, beg saya akan sentiasa dilindungi raincover jenama Axeman (material tebal dan tahan lasak).

kebiasaannya, beban yang akan dipikul adalah minima dalam 22kg. dan paling berat rekodnya adalah dalam lingkungan 34-36kg (Trans Titiwangsa V2). load berat kerana ini ikhtiar nilai tambahan kepada pelanggan (saya juga merupakan gogo separuh masa). apabila tidak digunakan, ianya akan dilap menggunakan air untuk menghilangkan kekotoran, khususnya lumpur (sering tergolek ketika ekspidisi😅). ini demi menjaga kelestarian materialnya.

lebih kurang 2 tahun lepas, beg saya (Arcteryx Bora 65 yang saya beli pada harga RM 1,300 dari Habam E, 2 tahun sebelum) terdapat kerosakan berlaku. di shoulder pad (ini adalah kerosakan umum bagi beg model ini kerana material yang tidak tahan lasak. di bahagian atas) dan di stabaliser hipbelt kanan (tetasan). kerosakan di stabaliser ini, merungsingkan. macamana dan bila tertetas, saya tidak pasti. namun, kualiti penggunaan masih diataa 90%. kerosakan yang berlaku tidak mengganggu prestasi beg.

kurang lebih 6 bulan lalu, saya hadapkan beg ini untuk diperbaiki kepada seorang sahabat pendaki (Brader O) di negeri lain. namun, melalui perjumpaan depan mata, beg saya ditolak mentah oleh beliau. ini kerana beliau memaksa saya untuk berhubung dengan Arcteryx dahulu. ujarnya, Arcteryx mempunyai “Lifetime Warranty” dan kerosakan saya bukanlah kerosakan yang biasa-biasa. sudah pastinya, dengan hampa, saya bawa pulang beg ini ke Kuala Lumpur. hampa kerana saya terlalu sayangkan beg ini, dan tidak mahu ianya disentuh sebarangan tangan.

kurang lebih 4 bulan lepas, tergerak di hati untuk mencuba menghubungi Arcteryx. saya hubungi semula Brader O untuk mendapatkan email untuk saya berhubung. dan setelah diemail, saya dihubungkan dengan Arcteryx Singapura. dan disitu saya meminta nasihat Arcterys Singapura dalam bagaimana saya hendak memperbaiki beg ini. Arcteryx Singapura membalas dengan pantas. namun saya membalas sedikit perlahan kerana sering terlupa untuk memeriksa email.

melalui balasan email pergi dan balik, Arcteryx Singapura meminta gambar-gambar kerosakan beg Bora saya terlebih dahulu. setelah memberikan gambar-gambar, Arcteryx Singapura memberitahu bahawa mereka akan menggantikan Shoulder Pad dan Hip Belt saya. syaratnya, berikan mereka no PO beg dan saya perlu membayar sejumlah wang untuk pos barang tersebut dari Canada. didalam lingkungan 1-3 ratus ringgit juga jadinyanya. saya lupa dan sudah mula tidak berminat. kerana anggaran kos perbaiki di Malaysia dianggarkan kurang daripada itu.

selepas memberi penekanan bahawa bukan hipbelt saya yang rosak dan saya tidak tahu no PO dimana, saya membalas saya akan beritahu jika saya berminat untuk mengambil pertukaran tersebut. disini, sebenarnya saya sudah malas nak meneruskan pertanyaan dan mula berhajat untuk membiarkan atau memperbaiki di dalam Malaysia sahaja.

kurang lebih 3 minggu lepas, saya dihubungi semula oleh Arcteryx Singapura yang menyatakan hasrat untuk menukar beg saya, 1-1. ini kerana mengikut katanya, ‘kes ini sudah pending lama’. dan disebabkan model Bora saya sudahpun dihentikan pembuatan (entry berkenaan beg ini ‘baru dalam pasaran’ adalah dalam sekitar 2005 kalau tidak silap), dikatakan bahawa Arcteryx Canada berhasrat untuk menggantikan beg Bora 65 saya kepada Bora AR 63, keluaran 2017. on the side note, ketika Bora 65 saya baru di pasaran, nilainya adalah USD 350.manakala Bora AR 63, USD 550. syaratnya, berikan mereka no PO yang ada di dalam beg.

untuk julung kalinya, saya membuka beg dan memeriksa sebagai syarat sebelum menolak pelawaan mereka. selama ini, memang tak perasan ada tag PO. namun, rezeki apabila saya terperasan ada satu tag nun jauh di bawah, sudah merah kotor. saya pancitkan sedikit air dan lap. ya, masih jelas no PO. dan no itu saya serahkan melalui email beserta gambar.

setelah itu (tidak pasti samada Arcteryx memeriksa no PO itu atau tidak), dikhabarkan bahawa sudah masuk fasa CONFIRM. apa yang perlu dilakukan adalah untuk merosakkan sedikit beg, dan membayar wang pos Canada-Singapura-Malaysia.

disebabkan ada rakan di Singapura (Bro A) , saya sekadar perlu membayar caj pos beg pengganti dari Canada ke Singapura, SGD 75 sahaja. setelah saya berikan wang dan maklumat Bro A, selepas 4 hari email tersebut, beg itu telah diambil oleh Bro A di Singapura untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

dan tengahari tadi, beg Arcteryx Bora AR 63 telah selamat sampai ke tangan saya dari sahabat, Bro A yang kebetulan ada di Kuala Lumpur, menghadiri majlis kahwin rakannya.

dan melalui perbualan lain dengan Brader O, jenama yang juga beliau mendapat 1-1 exchange adalah MACPAC. dan bukan saya seorang pengguna Arcteryx yang telah dapat 1-1 exchange (akibat kerosakan dari buatan, bukan penggunaan). ada beberapa lagi seperti yang saya tahi, Abam I di seberang laut sana.

terima kasih Brader O sebab menolak pujuk rayu saya untuk memperbaiki beg tersebut berbulan lalu. dan memaksa saya email Arcteryx.

mungkin juga, ini boleh dijadikan bukti pentingnya pembelian original. saya hanya bernasib baik kerana walaupun beli tanpa pengetahuan, yang beg itu adalah Made In Canada, adalah original. time tu beli, sekadar nak ada beg baru. nasib baik waimah melulu, tidak tersilap.

gambar menunjukkan disebelah kiri, beg Arcteryx Bora 65 yang ‘rosak’. dan kanan, Arcteryz Bora AR 63. walaupun baru, Bora 65 tetap dihati.

diminta para pembaca yang pernah mendapat claim warranty bagpack mereka (selain jenama Arcteryx dan Macpac) untuk berkongsi jenama beg tersebut. ini adalah supaya rakan pendaki lain dapat input akan jenama yang WALK THE TALK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *