
Akhirnya, kami kini sudah melengkapkan koleksi Parang Tantari kami untuk semua variasi yang dikeluarkan! Melalui model baharu ini, menyebabkan orang mudah terkeliru untuk model yang mana untuk yang mana . Tak apa, ini kali saya kasi share perbezaan yang ada beserta dengan pandangan peribadi (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian) terhadap bilah tersebut:
1. BENTUK BILAH
Terdapat 2 jenis bentuk yang terkini, iaitu Mini Chandong dan Poncho. Secara peribadi, saya lebih gemarkan bentuk bilah Mini Chandong kerana ianya tidak mempunyai mata yang tajam di hilir parang tersebut. Kerana? Idea penggunaan parang saya adalah memotong dan menetak. Namun, bukan untuk menusuk
.
walaubagaimanapun, dari sudut ‘feel’ menghayun parang, model Poncho dirasakan jauh lebih selesa/ringan. Tambahan, titik hayunan juga terasa lebih rendah dan memudahkan pengawalan bilah tersebut ketika digunakan.
2. REKABENTUK HULU

Pada awalnya, pihak Tantari mengeluarkan parang mereka dengan bentuk hulu klasik, dimana hulu sebegini seringkali dapat dilihat dikebanyakan parang tradisional. Kemudian, pihak Tantari telah mengeluarkan hulu yang berbentuk ‘rare’ sedikit yang digelar Pacat Kenyang.
Hulu jenis baharu ni bagi saya berkelebihan dari sudut kepelbagaian bentuk pemegangan yang boleh dibuat. Ini baik untuk mereka mendaki gunung dan didalam pergerakan yang tidak memerlukan pemegangan parang yang terlalu lama.
Dan terkini, Tantari telah mengeluarkan semula hulu asalnya dan diberi nama ‘Klasik’. Jenis ini sangat sesuai untuk mereka yang bakal memegang parang untuk satu jangka masa yang panjang dalam seharian penggunaan, khususnya mereka yang pergi ‘merintis’ denai.
3. JENIS TERMIN

Jenis termin adalah berbeza berdasarkan jenis hulu. Bagi hulu jenis klasik, pihak Tantari mengenakan termin jenis tembaga. Manakala bagi hulu jenis Pacat Kenyang, termin yang digunakan adalah dari jenis stainless steel.
Untuk termin stainless steel, ianya berbentuk sedikit petak dari bahagian hadapan. Ini adalah bertujuan supaya sarung kydex boleh mengunci parang tersebut dengan lebih baik, berbanding termin tembaga yang berbentuk bulat.
Hal ini adalah kerana beberapa laporan rakan pendaki yang menggunakan sarung kydex (bukan sahaja jenama Parang Tantari) yang telah kehilangan parang mereka bilamana parang tercicir di dalam hutan disebabkan tiada sistem pegangan/kunci yang efisen.

SENARAI HARGA?
Ponco 10” : RM 200
Ponco 12” : RM 210
Ponco 10” Klasik : RM 250
Ponco 12” Klasik : RM 260
Mini Chandong 8” : RM 215
Mini Chandong 10” : RM 230
Mini Chandong 12” : RM 245
Mini Chandong 10” Klasik : RM 250
Mini Chandong 12” Klasik : RM 260