Field Strip Technology : Oleh CRKT

Tak lama yang lepas, ada masuk jenis-jenis pisau masa depan secara tak sengaja. Yang saya perasan pada mulanya, ada button lain macam sikit kat sebelah sisi. Pada mulanya, ingatkan ini adalah sistem lock pisau. Sekali kita pulas, nah. Terburai semua isinya. Apekebenda ni? Cuak wei! Takkan baru sekali pegang dah rosak?!

Gambar 1 : Ken Onion, pembina teknologi Field Strip

sistem ini diperbuat oleh Ken Onion (boleh kata memang ada nama di arena perpisauan Amareka). Ini bertujuan supaya pengguna/pemilik pisau berkenaan boleh membuka pisau mereka pada bila-bila masa, dibersihkan, dan dipasang semula. Aktiviti ini semuanya dilakukan tanpa memerlukan sebarang peralatan bantuan lain.

Gambar 2 : aturan meleraikan pisau

kenapa dia buat benda ni?


pisau lipat tidak semestinya hanya untuk kegunaan EDC ataupun collection je. Ada di kalangan pengguna pisau ini menggemari untuk bawa sebilah pisau lipat ketika pergi aktiviti lasak seperti outdoor. Di kawasan sekeliling outdoor ni, kita terdedah kepada lumpur dan tanah pada setiap masa.

Gambar 3 : Aturan memasang pisau

jadi, bila barang tu terjatuh atau terendam kepada elemen luar secara tidak sengaja, ini akan menyekat pergerakan pisau lipat berkenaan kerana wujud geseran/halangan tambahan. Tengah dalam hutan tu, celah mana nak capai skrudreba bagai, kan? Jadi, on the spot bila tersangkut, pengguna boleh terus membuka pisau mereka tanpa perlu ada alatan tambahan.

Sumber : CRKT

OUT

PENAFIAN

Penulisan di atas adalah berdasarkan kepada pemahaman dan kajian oleh penulis secara peribadi. ianya bukanlah gambaran dan pandangan penuh core outdoor and tactical secara menyeluruh


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *