TUSYEN HUTAN : Ular

APA ITU ULAR?

Ular adalah sejenis haiwan reptilia yang panjang dan tidak berkaki. Ianya adalah sejenis haiwan karnivor yang menelan makanan/mangsa tanpa perlu mengunyah.


SPESIS

Di Malaysia, kita mempunyai lebih kurang 150 jenis ular di air atau di darat. Daripada jumlah tadi, hanya 36 jenis ular berbisa di darat dan 6 jenis ular berbisa di laut.

Ramai telah salah sangka dan berkata ular laut itu lebih berbahaya. Mereka akan fikir bahawa ular air darat pun bahaya. Ular air darat dan beberapa spesies Colubrid tidak mempunyai ‘venom gland’ untuk membuat bisa. Tetapi mempunyai ‘duvernoy gland’ yang membuat bisa. Dan bisa mereka itu, tidak sekuat bisa ‘vipers’ atau ‘elapids’.

Walaubagiamanapun, janganlah cuba untuk diduga tahap bisa yang ada tersebut. Ini kerana kita tidak mengetahu kemampuan badan kita, dan bagaimana badan kita akan bertindak balas dengan bisa tersebut.


BISA ULAR

Untuk pergi dengan lebih mendalam, semestinya akan terlalu banyak untuk dikongsikan dan dihadam oleh pembaca. Namun, yang paling terkenal adalah daripada 3 jenis. Iaitu Neuro, Haemo dan Cyto.

Bisa jenis Neuro adalah bertujuan untuk merosakkan dan membunuh sel saraf. Bisa Jenis Haemo pula, adalah untuk menyerang sel darah merah dan membuatkan darah menjadi cair, lantas merosakkan otot. Bisa jenis Cyto pula, adalah bertujuan untuk merosakkan sel-sel di dalam badan.


Neurotoxin
Bisa jenis ini adalah lebih kepada menyerang saraf mangsa, dan menyebabkan rasa yang amat sakit. Ianya juga akan mengakibatkan penglihatan menjadi kabur, pening, dan juga lumpuh. Ianya juga berkapasiti untuk mengancam nyawa sekiranya mangsa tidak mendapatkan rawatan segera, disebabkan oleh kegagalan sistem pernafasan.


Haemotoxin
Bisa jenis ini selalunya adalah daripada spesis ular spesis ‘kapak’. Kesan patukan dapat dilihat dengan cepat walaupun hanya beberapa minit selepas dipatuk. Antara kesannya adalah:
– kesakitan
– bengkak
– sukar untuk bernafas
– perubahan degupan jantung
– terasa ‘semut-semut’ dibahagian kepala, mulut dan kawasan patukan


Cyto
Bisa jenis ini akan membuatkan mangsa rasa mengantuk, bahagian kulit dan otot di kawasan patukan terasa panas, terasa sakit yang amat sangat, dan juga berpotensi untuk mengancam nyawa disebabkan kegagalan sistem pernafasan.


PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR

1. Tiada kajian secara saintifik yang membuktikan keberkesanan perubatan tradisional terhadap patukan ular. Ini termasuk daripada penggunaan herba, ramuan ataupun urutan.

2. Jangan menyedut kesan patukan untuk niat menyedut bisa ular keluar. Ini adalah sebuah tindakan berbahaya kerana bukan sahaja anda berpotensi untuk membawa bisa itu ke dalam mulut-perut, malahan anda turut berpotensi untuk memberikan bakteria kepada kesan luka (daripada mulut anda)

3. Jangan memotong di sekitar kawasan kesan patukan. Selain ianya tidak mengeluarkan bisa, ianya juga mampu untuk menambahkan lagi kesan buruk kepada mangsa disebabkan luka yang lebih parah (pendarahan, jangkitan).

4. Jangan mengikat pada anggota/kawasan yang terkena patukan ular. Ianya terbukti tidak membantu dalam merencatkan penyebaran bisa ular. Malahan, ianya sekadar menambah kesakitan kepada mangsa. Dan jika dibiarkan lama, ianya berpotensi untuk merosakkan anggota yang diikat kerana sekatan saluran bekalan darah.

5. Ketika mengambil gambar (untuk pengecaman) ular yang mematuk, jangan pula di dalam posisi berswafoto.


JIKA DIPATUK ULAR?

1. BERTENANG.
Pertama sekali anda mestilah bertenang. Pastikan anda menjauhi ular tersebut dan cari tempat yang selamat. JANGAN PANIK! Hanya 18 dari 140 spesies ular Malaysia yang berbisa! Dan jika pun anda dipatuk oleh ular yang berbisa, tidak semestinya ia menyebabkan kematian kerana majoriti dari gigitan ular adalah ‘dry bites’ (patukan tanba bisa).

2. KENAL PASTI
Cuba untuk membuat pengecaman keatas ular yang telah menyerang/mematuk. Antara ciri-ciri yang boleh membantu adalah seperti warna, corak dan lokasi. Tambahan terbaik untuk zaman ini, adalah dengan terus mengambil gambar menggunakan telefon pintar anda. Informasi ini bakal membantu didalam proses rawatan!

3. JANGAN BUAT PERKARA-PERKARA PELIK
sepertimana yang telahpun disenaraikan di atas di bahagian ‘PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA TERKENA PATUKAN ULAR’, elakkan diri atau rakan-rakan untuk membuat perkara yang sia-sia itu. Kerana bukan sahaja tidak membantu, malah berpotensi besar untuk menambahkan lagi kemudaratan yang sedia ada.

4. DAPATKAN BANTUAN, SEGERA!
Anda boleh membuat panggilan kecemasan ke talian 999 untuk tujuan ini. Jika anda mempunyai rakan atau saudara dan tidak mahu menunggu, segera pergi ke hospital yang berdekatan dengan anda.

5. KURANGKAN PERGERAKAN
Elakkan/minimakan pergerakan mangsa, khususnya di kawasan yang telah dipatuk. Penggunaan anduh (contohnya) amat membantu dalam situasi ini.

6. BERSIHKAN
Cuci luka di kawasan patukan ular tersebut dengan menggunakan air yang bersih, tanpa perlu menyental atau menggosok secara berlebihan. Kawasan anggota mangsa yang telah dipatuk, berpotensi untuk membengkak. Pada masa yang sama, ‘bersihkan’ anggota tersebut dari sebarang aksesori yang disangkut atau mengikat seperti cincin, gelang, tali, rantai dan lain-lain. Dikhuatiri aksesori itu tadi bakal menjerut anggota badan mangsa bilamana anggota itu membengkak, dan bakal mengganggu aliran darah.

7. JIKA ANDA MEMBUNUH ULAR TERSEBUT
Bawa sekali bangkai ualr tersebut untuk membantu pengecaman spesis di hospital. Ini sangat membantu kerana pihak perubatan berupaya untuk menyesuaikan ‘anti-venom’ berdasarkan bisa ular tersebut. Walaubagaimanapun, perlulah berhati-hati dalam menguruskan dan mengendalikan bangkai ular tersebut. Walaupun ular tersebut telah mati, kita masih terdedah kepada bisanya (andai kata jari atau mana-mana anggota tertusuk kepada taring bangkai ular tersebut).

8. DAPATKAN RAWATAN LANJUT
Tidak perlu membuang masa lagi, mangsa perlulah cuba untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan.

9. KEKAL TENANG
Tidak kira dimanapun tahap langkah rawatan bisa ular yang sedang dilalui, mangsa perlulah pada setiap masa untuk KEKAL TENANG. Selain daripada meminimakan pergerakan fizikal, dinasihatkan agar mangsa untuk kekal bertenang. Degupan jantung yang laju berpotensi untuk membantu bisa ular merebak dengan lebih laju. Pada masa yang sama, elakkan pengambilan makanan/minuman yang membantu mempercepatkan degupan jantung seperti kopi, minuman beralkohol, dan juga rokok.


DIPATUK ULAR, TIDAK BERMAKNA WAJIB MENERIMA ANTI-VENOM

1. ‘Anti-venom’ hanya akan diberikan kepada kes-kes yang memenuhi kriteria envenomasi (systematic or severe local). Ini adalah kerana anti-venom itu sendiri mempunyai risiko komplikasi dan kesan sampingan terhadap pesakit, lantas ianya tidak boleh diberikan secara sebarangan dan melulu.

2. Keputusan memberikan anti-venom ini hanya akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Kecemasan setelah dinilai dengan teliti berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka bagi mengurangkan risiko penerimaan seminima mungkin.


PBI : PRESSURE BANDAGING IMMOBILIZATION

Tujuan : untuk menghentikan sistem limpa dan melambatkan kadar rebak bisa ke jantung.

Bila Perlu Buat?
1. Setelah dapat memastikan yang jenis ular adalah dari spesis Krait, Corals dan Sea Snake (JANGAN BUAT kalau ianya daripada spesis Vipers atau Naja). Atau,
2. Ular tidak dapat dikenalpasti. Atau,
3. Jarak perjalanan menyelamat (ke Hospital) adalah lebih dari 1 jam.

Bila Perlu Lepaskan PBI? : Apabila sudah tiba di tempat selamat (Hospital).


BUKU : LAND SNAKES OF MEDICAL SIGNIFICANCE IN MALAYSIA






















































SUMBER:
1. Dr Abdul Rahman Abdul Kadir (Pakar Perubatan Kecemasan)
2. (Admin) Facebook Group : ID Ular Malaysia

PENAFIAN
Penulisan ini telahpun diolah daripada penulisan asal (sumber) oleh ‘Wakil Admin’ laman sesawang ‘www.corerepublic.my’ untuk (pada hemat) memudahkan pemahaman melalui susunan dan pemilihan suku-kata. ‘Wakil Admin’ tidak mempunyai pemahaman mahupun kemahiran mengenai hal-perihal ular. Untuk mendapatkan rujukan yang lebih baik, disarankan agar pembaca merujuk terus kepada mereka yang pakar.


OUT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *