Konservasi Gunung Yong Belar 2019 (27-28 April 2019)

KUMPULAN PENINJAU

Sebuah kumpulan peninjau telah diwujudkan pada bulan November 2018 dengan kapasiti ahli seramai 10 orang. Bergerak dengan bantuan derma kenalan pendaki dan juga bukan pendaki, kumpulan peninjau ini telah pergi dengan tujuan pengumpulan data Kawasan bermasalah, eksperimen dengan teori ‘Subsoil Drainage System” di Kem Tudung Periuk, dan untuk membuat tanda setiap 50 meter bermula dari Pintu Rimba sehingga ke Kem Tudung Periuk.

Data Kawasan bermasalah telah dibentangkan pada sesi Tusyen Hutan Edisi Khas dan ianya dibincangkan secara terperinci mengenai tindakan yang perlu di ambil. Kawasan ini kemudiannya dipecahkan kepada Kawasan yang memerlukan tindakan segera dan Kawasan yang diletakkan sebagai dalam senarai pemantauan.

Eksperimen SDS telah dipantau dan dinilai sebagai membuahkan hasil apabila Kawasan yang dirawat didapati menjadi keras apabila air di dalam tanah dapat dialirkan dengan lebih sistematik. Pantauan berkala di buat melalui laporan rakan-rakan pendaki yang masuk dari masa ke masa. Sehingga kini, dirumuskan bahawa SDS adalah sangat sesuai untuk mengubati permasalahan tanah lembab di Kem Kasut.

Titik-titik setiap 50 meter yang direkodkan pula menunjukkan bahawa jarak bumi dari Pintu Rimba sehingga ke Kem Tudung Periuk adalah berjarak 2,500 meter, atau bersamaan dengna 2.5 km. dicadangkan di masa hadapan (apabila bersesuaian dengan dana yang diperoleh) untuk memasang papantanda jarak (samada setiap 50 meter, atau 100 meter).

PENANGGUHAN PROGRAM KONSERVASI PENUH PINTU RIMBA – KEM TUDUNG PERIUK

Berdasarkan maklumat terkini, diperkatakan bahawa akan ada pihak yang lebih professional dan intelektual yang berhasrat untuk memajukan jalur pendakian Gunung Yong Belar. Untuk mengelakkan pembaziran penggunaan dana (membuat kerja dua kali), program Konservasi Penuh Pintu Rimba – Kem Tudung Periuk telah dibekukan untuk sementara waktu.

PROGRAM ALIHAN : #pickitup Yong Belar

Melalui perbincangan bersama orang setempat (khususnya wakil AJK Masjid Kecil Lojing), sebuah program #pickitup akan dijalankan di Gunung Yong Belar di mana pada masa yang sama, untuk mengadakan juga program gotong-royong Masjid Kecil Lojing.

Kerja yang dijalankan di Gunung Yong Belar berdasarkan kumpulan:
1. Pembersihan Kawasan puncak Gunung Yong Belar
2. pembersihan jalur pendakian puncak Gunung Yong Belar – Kem Kasut
3. Pembersihan Kawasan Kem Kasut
4. Pembersihan jalur pendakian Kem Kasut – Simpang Air Terjun Pelaur
5. Pembersihan Simpang Air Terjun Pelaur – Air Terjun Pelaur
6. Pembersihan jalur pendakian Kem Tudung Periuk – Simpang Air Terjun Pelaur
7. Pembersiham Kem Tudung Periuk
8. Pembersihan Pintu Rimba – Kem Tudung Periuk
9. kemaskini halangan jalur pendakian Pintu Rimba – Kem Tudung Periuk

Tujuan gotong-royong
1. merapatkan hubungan komuniti pendaki gunung yang sering menggunakan Masjid Kecil Lojing sebagai tempat berkumpul
2. membantu rakyat setempat membersihkan Kawasan tumpuan yang bukan sahaja tempat beribadah, malah tumpuan musafir.

Gotong-royong yang dijalankan di Masjid Kecil Lojing:
1. penanaman pokok bunga hiasan di sekeliling masjid
2. pemotongan rumput
3. pembersihan tandas masjid
4. pembersihan tempat wudhu masjid
5. pembersihan sawang di dinding (dalam/luar) masjid
6. vakum dalaman masjid
7. pembersihan kipas dalam/luar masjid
8. mencuci bumbung masjid
9. merumput di pokok hiasan
10. aktiviti memasak sukarelawan
11. pembersihan perabot dalaman masjid
12. pembersihan cermin/tingkap masjid

Keindahan program
1. #pickitup secara daypack yang dijalankan di Gunung Yong Belar disertai oleh pelbagai jenis stamina pendaki. Masing-masing menyumbang di kemampuan masing-masing.
2. walaupun tidak dapat hadir, bantuan kewangan yang diberikan oleh rakan pendaki/bukan pendaki telah meringankan beban untuk menjalankan program ini
3. gotong-royong yang dijalankan di masjid juga disertai oleh rakan pendaki yang bukan Muslim. Dan beliau aktif/ringan tulang di bahagian dapur.
4. pendakian kumpulan #pickitup turut seiring dengan rakan pendaki yang ingin membuat pendakian Gunung Yong Belar dan Trans V2. Tatkala bertemu di checkpoint, pendaki dari kumpulan lain juga turut menyumbang tenaga dalam mengutip dan mengumpulkan sampah.
5. kerjasama dari rakyat setempat yang memberikan rakan pendaki tempat berteduh dan menanggung kos masakan peserta gotong-royong.
6. kerjasama turut diterima daripada rakan pendaki wanita yang sedang hamil dimana si suami mengikuti program hari pertama, dan mereka berdua turut serta pada hari gotong royong.
7. orang tempatan yang sentiasa siaga dalam mengisi keperluan kewangan program. Seperti pembelian barang saat akhir yang didapati kurang.

KEWANGAN

#10recce : RM 1,310
wang digunakan untuk menampung perbelanjaan logistic, makanan dan pembelian peralatan konservasi . pernyertaan adalah seramai 10 orang. Program pengumpulan data dari Pintu Rimba sehingga ke Kem Tudung Periuk.

#pickitup: RM 1,070
Wang digunakan untuk menampung perbelanjaan print, guni dan penghantaran ke Core Republic. Disebabkan guni ini adalah di bawah tajaan kenalan (pendaki gunung dan yang bukan pendaki gunung), guni tersebut telah dicop dengan logo #pickitup. Kerana kempen tersebut adalah hak semua untuk memakainya. Guni-guni ini akan diedarkan oleh pengurusan Core Republic, secara percuma. Dan gambar bukti akan diletakkan di IG dan FB Pickitup Initiative.

Digunakan oleh #pickitupYongBelar2019: RM 1,608
Wang yang digunakan untuk menampung kos logistik crew, pembelian peralatan, pembayaran kecemasan, pembayaran pengurusan.

Baki duit derma: RM 937
Direncanakan untuk menggunakan wang ini dalam pembelian tangga untuk kemudahan di Puncak Pine Tree Hill dan projek-projek konservasi lain yang memberi impak keutamaan keselamatan kepada kelompok pengguna yang besar

MASA HADAPAN

Jika diberi peluang, kekuatan dan kemudahan, program konservasi akan kami jalankan dari masa ke masa. Semoga usaha bersama ini Berjaya memupuk minda pendaki yang lebih bertanggung-jawab bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *