AKU, HANTU DAN DOT DOT DOT

pada tahun lepas, aku dengan kawan-kawan aku pergilah hiking kat Gunung Nuang tu. Lepas siap semua benda, kami pun mula lah mendaki gunung. Sebab ni first time aku masuk hutan, aku pun bawa lah siap-siap dua bilah pisau aku, Karim dan Buntat. Nama Karim ni aku bagi pada Ganzo F755, mana kala Buntat ni aku bagi pada Ganzo FH-71. Ada lah peristiwa peribadi macamana aku boleh beri nama dia gitu.

pendek cerita, kami pun pergi ke kaki Gunung Nuang dan tidur dulu, krianya untuk recharge tenaga. Lepas siap berkemas, aku pun tidur lah sepertimana tentative kawan aku bagi tu. Masuk kereta, duduk kat seat co-driver, rendahkan kerusi. Pfuh! Dengkor chor!! Dan bila alarm dah bunyi, diorang kejut aku dan terus lah kami mula mendaki. Dalam gelap pagi, kami dah mula kayuh kaki.

naik gunung punya naik, aku makin penat. Jilake punya kawan-kawan, mentang-mentang diorang selalu naik gunung dengan fitness padu, diorang tinggal je aku. Tapi takpa lah, trek ni pun lebar nak mampus. Diorang kata, kat aku “kau jalan je. Ada banyak pondok. Nanti kitorang tunggu kat pondok last”. Aku pun biar je la diorang jalan dulu, aku jalan pelan-pelan.

tetiba sampai kat pondok ke tiga kot, ada Lembaga berdiri tegak atas pondok. “ah, celaka la..” sebut aku dalam hati. Confirm, aku dah terkena kacau. Tanpa menoleh lagi, aku terus capai pisau dan aku bukukan kemas dalam dua tangan aku. Karim kat tangan kanan. Buntat kat tangan kiri. “aku tak kaacau kau, kau jangan kacau aku. Kalau kacau, memang aku tikam kau” bisik aku halus, sebagai syarat.

aku rasa dia faham ko tapa aku cakap. Pastu aku terus la jalan laju sikit. Time ni, dah start semput dah. Tapi pisau masih kemas kat tangan. Aku standby je nak kasi flip buka. Kalau betul dia jerit tepi aku, memang aku pacak 2 bilah n ikat dahi hantu tu. Serious

bila tiba pondok keseterusnya, pondok ke 3 kot, aku pun duduk la kejap. Mengah juga dok tekan power kaki ni nak jalan laju. Nak lari, hutan ni masih gelap. Kang terlanggar ekor ular ke apa, mampus aku. Kawan-kawan dah tak nampak bayang dah.

Tengah syok duduk kat bangku, tetiba Lembaga tu betul betul depan mata aku! Ah sudah!! Mana aku nak lari, aku kaki pun dah letih, ada pisau je kat tangan ni. Nak tak nak, aku kena lawan!

“tolong lah jangan kacau aku tok oi! Cucu tumpang lalu je ni. Kalau atok kacau, nanti aku pacak pisau n ikat dahi tok!” pujuk aku bersulam gertak.

“aku bukan nak kacau kau.. aku nak pisau tu..” suara garau hantu tu sambil terbang berawangan mengelilingi pondok. Time ni, aku dah mula nak terkencing dalam seluar. “amek lah tok! Amek lah dedua ni!” sambil aku hulurkan tangan ke luar pondok. Tangan time ni gigil, tak payah cakap lah. Gila babi dah rasanya. Pundi kencing pun dah naik kosong.

“aku taknak yang kanan tu. Aku nak yang kiri tu. Besi dia bagus, patpatsongsi!” jawab hantu tu sambil terus berlegar-legar. “ha? Apadia?bagus apa?” jawab aku. Aku tergamam juga masa tu. Sebab tak faham apa dia kata.”empat empat kosong c!” jeritan dia ni punya kuat, garau dan bertempik, terus aku terbangun. “celaka.. mimpi ngeri je rupanya..

tengok jam tangan, masih awal lagi ni. Aku pun terus lah google sambil-sambil nak tunggu waktu hiking jap lagi. Sebab dada masih dup-dap dup-dap, aku pun tak boleh tidur. Baik layan phone google pasal pisau. Sebab awek takde nak bagitau “abang tak boleh tidur la yunk”.

google kata…

440C merupakan besi paling keras dalam series 400 stainless steel. Dengan carbon content yang tinggi (0.95% – 1.20%), besi ini mempunyai rating kekerasan Rockwell C sehingga 60HRC. Sering digelar sebagai ‘High – End Stainless Steel’, besi 440C sangat – sangat susah untuk terhakis dan karat.

D2 pula mempunyai sejarah dicipta sebagai ‘tool steel’ yang digunakan untuk memotong besi-besi lain di kilang-kilang pada zaman perang dunia ke – 2. D2 steel dicipta untuk tahan lebih lama tanpa perlu di asah. Dengan Chromium dan Carbon content yang tinggi, D2 sering di gelar sebagai ‘semi- stainless’ kerana kurangya ketahanan kepada karat. Terkenal dengan kata “D2 knives hold an edge forever, and are impossible to sharpen”,

gila babi hantu dalam mimpi ni. Apasal dia lebih tau dari aku pun, aku tak tau. Mungkin terbawa-bawa dalam mimpi kot pasal pisau ni. Tapi tu lah tak puas hati, apasal hantu ni nak pilih 440c tu.

kalau korang, korang perangai macam hantu tu ke, tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *