AMS – Accute Mountain Sickness

Didalam pendakian gunung, terdapat 3 jenis penyakit yang boleh menyerang melalui paksi altitude, iaitu HACE (High Altitude Cerebreal Edema), HAPE (High Altitude Pulmonary Edema) dan AMS (Accute Mountain Sickness).

ADAKAH AMS NI BAHAYA?

Ya, jika tidak dikesan atau dirawat, AMS adalah sangat bahaya. Di peringkat seterusnya (altitude lebih tinggi), AMS boleh menjadi HACE dan/atau HAPE. Tidak perlu memandang jauh di pergunungan tinggi seperti Gunung Everest, di Gunung Kinabalu sendiri sudahpun berpotensi tinggi untuk memberikan pendakinya pengalaman menghadapi AMS. Dan jika tidak dirawat, ia akan membawa kepada MAUT.

KENAPA AMS BERLAKU?

Tekanan udara di sekeliling kita boleh diukur melalui skala Barometrik. Semakin tinggi altitud sesebuah kawasan, maka semakin rendah tekanan udara dan juga kandungan oksigennya. Untuk kebiasaannya, majoriti perumahan di Malaysia adalah berada dalam sekitar 100mdpl ( meter dari paras laut). Ini menyebabkan kita sudah terbiasa dengan kepadatan oksigen yang tinggi.

Bilamana kita bergerak ke altitude semakin tinggi, kandungan oksigen di dalam udara juga akan menurun. Lantas, ini mempengaruhi rentak pernafasan pendaki bilamana kandungan oksigen semakin berkurangan disetiap helaan nafas.

KEBARANGKALIAN AMS BERLAKU?

  • Melebihi 2500 mdpl / 8,000 kdpl
    • 20% populasi
  • Melebihi 3000 mdpl / 10,000 kdpl
    • 40% populasi

SIMTOM AMS

Simtom bagi AMS dibahagikan mengikut 2 fasa, iaitu Ringan dan Berat.

  1. Ringan
    • Mabuk
    • Sakit kepala
    • Sakit otot
    • Sukar tidur
    • Loya
    • Muntah
    • Rasa tidak selesa
    • Hilang selera makan
    • Kaki atau/dan tangan membengkak
  2. Berat
    • Batuk
    • Sakit dada
    • Kulit pucat
    • Tidak mampu berjalan
    • Badan tidak stabil

RAWATAN

  1. Ubat (sebagai contoh)
    1. Acetazolamide : memperbaiki masalah pernafasan
    1. Ubat tekanan darah
    1. Inhaler
    1. Dexamethasone : mengurangkan bengkak di otak
    1. Panadol/ Diamox : melegakan sakit kepala
  2. Lain-lain
    1. Bergerak ke altitude rendah secepat mungkin
    1. Memperlahankan pergerakan mendaki
    1. Menyesuaikan diri terlebih dahulu
    1. Minum air

PENCEGAHAN

  • Minum air secukupnya
  • Dapatkan rehat/tidur yang secukupnya
  • Perlahankan pergerakan ke altitude lebih tinggi
  • Elakkan badan dari bekerja ‘terlalu keras’
  • Kerapkan proses penyesuaian badan denga aras ketinggian semasa
  • Tidak mengambil ubat-ubatan yang akan merendahkan kadar pernafasan seperti ubat tidur, ubat tahan sakit, dan ubat bius
  • Pastikan diri tidak mempunyai masalah/komplikasi jantung atau/dan paru-paru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *