Merayu di Gunung Rayu

Author: Shafeeq Badek, CORE Republic

My comeback story: Merayu di Rayu

Ekspidisi mendaki gunung di Malaysia telah ku hentikan buat sementara kerana memberi laluan kepada fokus kerja dan menyambut ahli keluarga baru selepas ekspidisi Trans Titiwangsa V2 pada raya tahun baru cina 2017. Adalah selepas itu pergi ke Gunung Kerinci dan beberapa aktiviti panas lutut daypack ke sana sini yang boleh dikira dengan jari. Waimah sebelumnya boleh dikatakan akan berekspidisi hampir setiap minggu. Dan sepanjang tempoh ini, jogging di petang hari pun semakin jarang. Kerana komitmen itu dan ini. 

Dua minggu sebelum ekspidisi, aku dijemput untuk turut serta oleh sahabat yang merangkap gogo untuk turut serta ke Gunung Rayu. Terkejut sekejap hati. Masih kupendam rindu mendalam terhadap tanah selonggok yang diberi nama Gunung Rayu. Teringat cerita 3 tahun lepas dimana dijemput bersama untuk pergi mencuba menjenguk puncaknya. Namun pada tika itu, aku terkandas diselekoh akhir apabila terpaksa bekerja pada salah satu hari di pertengahan. Namun tugas sebagai pembeli ration/tukang masak ekspidisi diteruskan juga. Hanya sempat membeli ration dan menghantar kepada abang Khal disertakan dengan doa untuk para sahabat. Dan apabila mereka pulang, teramatlah gersang mendengar cabaran yang dihidangkan. 

Tanpa berfikir panjang, aku klik ‘going’.

Pada hari yang ditentukan, setelah puas gomol anak kecil yang bakal ditinggalkan selama 3 hari, aku berkumpul di Core Republic. Perasaan gusar dan girang bercampur baur. Masakan tidak, sudah lama tidak melayan tanah dan sudah lama tidak bersenam. Pewai itu pasti! Selepas semuanya selesai, bersama menaiki kenderaan yang dijanjikan. Macam biasa, kita singgah sebentar di RNR Tapah, pekena kambing Pak Tam yang tidak mengecewakan. 

Setibanya di masjid Tapah, mulalah proses menyusun dan mengagih ration. Adui. Macam-macam hal. Dalam alpa, aku terlupa bawa seluar tight atau spender. Haha. Maka pedulilah, kita pakai je boxer yang ada. Nak melecet, melecetlah. TAPI! Kita bertindak bijak. Sapu dulu vaselin. Hihi. Ketika proses penyusunan bag, aku jadi sedikit perlahan. Tidak sepantas dulu. Tidak secekap sebelum ini. Terkial-kial memikirkan weight distribution. Chet. 

Ketika naik powil menghala ke Pos Musuh. Zip seluar pula rosak! Dah belanja view dah awal2. Bila berdiri, perut pula tersembul keluar. Haha. Dah naik 20kg, memang ini lah padahnya. Biasanya, di atas powil adalah masa untuk aku karoke. Namun kali ini sedikti berlainan. Ada juga ditegur mengapa tak bersuara. Sekadar mampu menjawab “aku rindukan ini”. Sambil tersenyum, Heri berkata “in the moment la tu”. Hell yeah nigga. U know me. 

Ketika mula warming up oleh bang aji Khal, terkial-kial aku warming up. Ada pula aksi warming up dah tak lepas sebab baju ketat lah perut besar lah. Adoi lah serabut hidup. Bikin kena gelak je. Sebab aku macamtu, beberapa rakan pendaki gagal warming up secara serius kerana menahan gelak melihat gelagat dan usaha aku untuk warming up. Haha

Hari pertama diharungi dengan sedikit barai. Pada mulanya, berhajat untuk duduk ditengah formasi pergerakan. Namun selepas beberapa masa, aku sedar yang pace aku sedikit perlahan dari mereka yang mengikuti maka mereka aku lepaskan. Sedar tak sedar, aku sedang disweep oleh sahabat lagi sorang, Amien. Kah. Sejarah hidup. Dah lama tak kena sweep. Tapi untuk sekali ini, aku sekadar jalan dengan kemampuan tenang. Kerana tidak mahu menduga kail sejengkal dalam lautan yang tak pasti dalamnya. 

Beberapa hentian regroup dibuat oleh abam guide kesayangan. Sesampai je aku, perjalanan diteruskan. Dan untuk menghormati rakan-rakan pendaki yang lain, aku sendiri kurangkan rehat. Sekadar berhenti bila perlu sahaja. Hisap rokok pun bila kepala dah mula miong. Hehe
Selepas makan tengahari di tepi sungai, maka bermulalah azab. Bukit Siam namanya. Aduhai. Nak muntah aku dibuatnya. Lutut seringkali mencecah pinggang. Sekali-sekala, lutut menongkat dada. Bukan main lagi pangok dia. Nak juga aku tampar dan kata “pangok-pangok ni nak pi mana?”. Haha. Selepas sejam setengah perjalanan, kami regroup di puncak bukit siam. Jelas kelihatan tanda-tanda di pokok yang mungkin membawa mesej tertentu kepada mereka-mereka. 
Sebelum jam 7, aku pun tiba di tapak perkhemahan tanpa nama. Di atas permatang, sebelum waterpoint. Kerjasama antara crew dan peserta berada di luar jangkaan. Masing-masing bekerjasama dan menanti arahan yang diberikan sedangkan belum gelap pun. Jarang sekali merasakan perkara seperti ini. 

Kurang lebih jam 9, makan malam pun siap. Menu biasa, siakap. Namun, disini dah mula aku rasakan masalah. Aku tak ada selera nak makan. Tak pernah dalam pengalaman mendaki, aku ada masalah untuk makan. Tapi aku cuba juga. Aku dapatlah habiskan siakap seketul ekor. Jadilah. Daripada tak masuk apa-apa. Selesai makan malam, mulalah sesi persiapan sarapan dan makan tengahari. Untuk dipack esok hari. Dalam melayan lagu, Heri cakap “haa, ni lagu lu, confirm”. Butterfingers – The Chemistry. Hoi. Lagi lah layan aku memasak! Haha. Dan selepas lemah gemalai buat kerja, lebih kurang jam 1.30 pagi siap semuanya. Masa untuk dengkur berdentum!

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Tepat jam 430 pagi, crew dah mula bangun untuk menyambung meyiapkan menu dan persiapan. Dan disusuli peserta pada jam 5.30 pagi. Masing-masing berkumpul di fly crew dan menjamah menu sarapan pagi, nasi goreng kampung. Kali ini, aku masih bermasalah. Hanya dapat telan 2 sudu sahaja. Adui. Masak aku masak. Setelah semuanya selesai, orang terakhir mula bergerak ke puncak lebih kurang 630 pagi. Setelah semuanya bergerak, aku dan Amien pun barulah nak melangkah. Sekali pandang ke campsite, ternampak kelibat lampu yang sedang bersiap. Rupanya abang Poncho masih sedang packing lagi. Tanpa berfikir panjang, aku minta izin dari Amien untuk bergerak dahulu. Ya la. Nak tunggu diorang buat apa. Kejap je tu diorang kejar balik. Hehe. Tak sampai 15 minit aku berjalan, abang Poncho pun tiba di belakang. Dan aku ketepi memberi laluan supaya abang Poncho boleh bergerak ke lebih hadapan. Aku pun toleh Amien dan mengucapkan tahniah kepada dia. Walaupun kau tercungap melayan abang Poncho punya sesi warm-up subuh, kau boleh la goreng orang nanti cakap yang kau pernah berpeluang sweep abang Poncho. Haha. 

Perjalanan menuju puncak Gunung Rayu, amatlah tidak kelakar untuk orang berstamina macam aku. Jejak sangat perlahan dan nafas sangat berterabur. Masih segar dalam ingatan, ketika dalam perjalanan ke Bukit Berapit, kurang lebih jam 930 pagi, mental aku sudah mula koyak. Ya, KOYAK. ABelum pernah lagi mental aku sekoyak ini. Masakan tidak koyak, nafas dah mula sengkak keletihan dan kaki dah mula lembik kesotongan. Aku pun tersujud atas tanah untuk mengambil nafas, membenam dahi dalam tanah. Barai. Lemah. Longlai.

Untuk memujuk diri, aku ingatkan kembali peristiwa ekspidisi Gerah-Bieh-Bilah aku tempohari. Kaki tak boleh bengkok dari awal ekspidisi namun berjaya dihabiskan sehingga sukses. Berbekalkan memori semangat, aku meneruskan perjalanan. Dan kami regroup di puncak Berapit. Setibanya aku, guide bangun dan menyambung perjalanan memandu rakan pendaki lain. Dan aku susuli mereka. 
Jam menujukkan pukul 10 pagi. Baru 30 minit lepas aku kuatkan semangat. Kali ini, semangat aku putus kembali. Mungkin badan terlalu penat dan mental terlalu koyak. Mula kepala mencari alasan untuk menguatkan langkah. Apa nak diingatkan? Tiba-tiba, teringat gaya dan gelagat Mustika senyum dan tawa. Nah. Mula aku tersenyum dan melangkah tenang. Dan bila nak menguatkan langkah, aku mengenangkan hasrat sahabat-sahabat yang berada di barisa hadapan. Aku yakin, mereka sentiasa menanti aku tiba dari checkpint ke checkpoint seterusnya. Aku yakin mereka sedia untuk patah balik ke campsite kalau aku pilih untuk patah balik. Dan aku yakin, mereka lebih meyakini kemampuan aku berbanding aku yakin dengan kemampuan diri sendiri. Diiringi Bismillah, bermula disinilah, sudah aku tak terasa penat. Ritma langkah semakin sekata. Nafas semakin tenang. 

Jadi bermulalah perjalanan naik turun. Entah berapa puncak tipu dah kena hadap. Ada yang kata naik 300, turun 200, naik balik 300, turun balik 200, naik turun naik turun. Macam kerlipan mata la pulak. 
Setapak demi setapak, aku mula perasan permatang semakin luas. “eh, ni dah mendekat puncak dah ni” gerak hati membisik. Ya. Beberapa langkah lagi, mula kedengaran rakan-rakan pendaki berebut-rebut posisi. Rupanya kami telah tiba di kawasan mossy yang cantik dan sesuai untuk buat cerita hantu. Lorong yang berada hampir di tengah-tengah permatang yang diapit pokok penuh lumut memang menenangkan mata yang memandang. 

10 minit kemudian, jalan sudah bertukar. Dan dari jauh, aku nampak rakan pendaki bersama guide rehat di hujung jalan. Ke arah mereka, di kanan badan aku melintasi papantanda puncak. Dan kutepuk manja tulisan “gunung rayu” tu. Jahat dia ni. Membuli pendaki. 

Dalam perjalanan ke arah sahabat yang dah sampai dan berteriak menyambut ketibaan, hati rasa dah lain macam. Ah cilaka. Emo la pulak. Jabatan tangan pertama bersama Heri diikuti dengan linangan air mata kepuasan. Mendam berahi. Lama sangat tak mendaki. Lama sangat simpan hajat nak pergi Gunung Rayu. Lama sangat tak bersama crew-crew ni. Lama sangat tak sampai puncak. Lama sangat. Di belakang Heri, datang pula Khal menyambut ketibaan. Bersambunglah sebaknya. Kerana pada 3 tahun lepas, ration aku hantar kepada dia. Oh. Tak masuk akal sedih-sedih ni. Adoi.

Di puncak, aku tak dapat nak makan lunchpack dengan sempurna. Hanya mampu menghabiskan 3 ketul ayam masak merah yang aku buat malam tadi tu. Nasi, tak mampu disentuh waimah sebutir. Sambil cuba mengunyah dalam keadaan teresak-esak, aku dipujuk Epi untuk tenang. Tak sedar yang masih aku teresak dan meleleh air mata. Lama nau harunya!

Tanpa makanan, Tak mengapa. Kita pelan-pelan kayuh ja lepas ni. Sejam sekali, gigit sikit Sherin Power Food. Agak membantu. Semua pun bergerak ke puncak untuk sesi bergambar kumpulan. Namun aku mengajak Khal dan Heri untuk bergambar bertiga dahulu. Baru nak bergambar, lagi sekali sebak datang. Mengenang semangat 3 tahun lepas yang akhirnya tertunai. Alahai. Bapook betul trip ni jadinya. Belum sempat aku tahan sebak, tiba-tiba si Epi dan Amien pula masuk frame. Hai la hai. Lagi la abang berderai. Mereka ini lah sumber tenaga aku melangkah ke puncak! Terima kasih sahabat!

Bermula jam 5 petang, mula aku bertembung dengan group. Oh, rupanya, ada yang demam urat. Cantik la juga, ada yang meneman aku dan Amien di belakang ni ha. Bersama la kita pelan-pelan kayuh. Tapi, kasihan juga kat dia. Memang tak kelakar nak turun gunung tiba-tiba kau kena demam begitu. Langkahnya laju, tapi bila sakitnya datang, terpaksalah duduk sebentar. Kesempatan seperti ini tak dilepaskan aku untuk mengesip Surya yang aku bawa dari siang tapi tak hisap. Hehe

Alhamdulillah, jam 9 malam, kami semua tiba dengan selamat di campsite tanpa nama. Perjalanan yang terlalu santai semasa turun menyebvabkan mood kami ceria sahaja. Namun, bagi aku, suasana bertukar suram apabila aku tahu yang semua orang yang dah sampai seawal jam 6, telah siap mandi. Adoi. Dah lah penat. Kena mandi pulak memalam tu! Arghhh. Tapi, hasutan rakan yang mengatakan abang Poncho ada siapkan shower di bawah amat mengundang curiga. Dan ya! Memang tak sia-sia aku turun tebing tu. Mandi ada shower brader. Rilek je cuci tiak. Dan terperasan kelengkang ada sedikit melecet. Ya lah kan, tak pakai spender atau tight. Memang mengundang la pakai boxer je. Tapi, pedulilah. Ada shower kot. 

Pada malam itu, makanan siap tanpa memerlukan bantuan aku. Menu santai sup daging. Aku tengok, sungguh terliur! Tiba masa, makanan pun disiap dan diberikan kepada semua peserta. Selepas semua peserta dapat menjamu selera, giliran aku dan Amien pula makan. Haaa. Jom makan dalam kuali! Selepas 3 sudu nasi, aku sudah mula hilang selera. Adoila. Menu sesedap dan sehangat ini pun boleh naik angin pula perut ni. Maka, aku berhentilah makan dan makan asap je dulu. 

Selesai dinner malam kedua, sesi memasak sarapan dan makan tengahari pula dimulakan. Persediaan dijalankan dengan santai. Sebab esok dah boleh dikira santai. Tapi tu lah dia, seronok-seronok, sedar-sedar dah 2 pagi. Itu pun Amien siap ajak tengok movie lagi. Sambil menumis dan masak Oseng, mata meliar ke skrin telefon Amien. Selesai sahaja siap Oseng, Amien berkata “ok jom tido”. Aduiii!! Sakit hari woi! Cerita tengah sedap niii. Tapi, mata pun dah senget lain macam. Dengan Akma yang boleh tidur dalam posisi duduk, menunjukkan memang sudah tiba masa untuk kita rehat. Aku rasa, tak sampai 10 saat letak kepala, boom. Dah pagi. Haha

Sesi memasak dijalankan sedikit lewat bersesuaian dengan tentatif. Disebabkan malam tadi dah banyak sudah disiapkan, dalam masa 30 minit sahaja masakan pagi dan tengahari sudah siap tersedia. Usai sarapan, sesi mengemas pun dimulakan. Dan pada jam 10 pagi, last man bergerak dari campsite. 

Perjalanan pulang amatlah bahagia jadinya. Kerana tidak banyak naik, lebih banyak menurun. Trek jambu itu memang mengundang perangkap biawak menjadi. Pantang lepa, baring jap kat lantai. Pantang silap, baring jap kat lantai. Adoi. Tanpa disedari, kami selamat tiba di sungai. Dan disebabkan masih awal, abang Khal mengajak semua untuk lepak makan tengahari di air terjun Pudina. Lebih kurang 10 minit je pun. Maka semua bersetuju. 

Lokasi air terjun tu takda lah jauh mana. Dan tingginya tidaklah mana. Namun, kesegaran dan suasana dia memang ngam bagi aku. Walaupun masih belum berselera untuk makan, aku pass lunchpack aku pada Wani. Mungkin sedap kot Oseng yang aku buat malam tadi. Atau diorang yang lapar. Atau diorang saje je belanja perasaan aku. Haha. Air terjun santai ini, mempunyai dataran pasir ditengahnya. Peluang ini diambil untuk aku baring dalam air sambil hisap rokok dan pandang ke langit. Viewnya biru. Pokoknya hijau. Airnya segar dan sejuk. Manusia sekelilingnya bahagia. Dunia yang lengkap!

Perjalanan diteruskan lebih kurang jam 1.30 tengahari ke luar, Pos Musuh. Langkah santai leleh melekat di ambil. Sambil berbual dan mengimbau, beberapa idea untuk gerakan masa hadapan diperbincangkan bersama abam sweeper, Amien. Dan kami regroup lagi sekali di tempat regroup kami yang pertama. Di sini, berlaku pertelingkahan antara aku dan Amien akan tajuk lagu oldschool yang dimainkan abang Poncho. Lepas cari punya cari, rupa-rupanya kami dua-dua salah. Tajuk lagu sha la la la la, dari Vengaboys rupanya. bila guide mula bergerak, abang Poncho belanja semangat dan memainkan lagu tersebut. Tapi macam biasa lah, aku dengar kejap je. Pastu dia makin jauh, jauh, jauh, jauh dan meresap ke dalam hutan. 

Kami tiba di Pos Musuh tepat jam 4 petang. Sepertimana yang kami rencanakan. Keadaan bertukar menjadi gerimis ringan ketika ini. Dalam ketermenungan menanti powil, Heri mengajak kawan-kawan makan kek pisang. Mak aih. Selesa!

Baru je nak makan kek pisang, powil pula sampai. Bertambah kelam kabut kami nak perabihkan. Maklumlah, ada dua kek pisang. Ni baru buka satu. Tapi bila sekali lagi pandang, rupanya tayar powil tu pancit. Maka kami eprlahan semula. Hehe. Lama lagi tu. Perlahan-lahan makan kek pisang. Bila line clear, kita sulam sikit sama choki-choki. Rasa dia level aumbawab!

Dalam perjalanan pulang, pelbagai lawak dikongsikan di atas powi. 15 minit pertama je yang kami berbual entah apa. Lagi sejam lebih tu, langsung tak terasa. Tak tertinggal gosip-gosip hutan semasa dan juga meniru suara binatang. Kluk kluk kluk kluk kluk.. ke kaaaawww!

Setibanya di masjid, kami disambut mesra oleh makmum masjid yang bertanya berkenaan gunung yang kami daki. Terkejut aku. Jauh benar bezanya dengan masjid yang lain pernah aku pergi. Namun, tidaklah aku salahkan rakyat tempatan tersebut. Sebab berbalik kepada pendaki juga sebagai tetamu. Kalau tetamu sopan, maka sopan lah layanan. Cuma bila kau mendapat layanan mesra dan mengambil berat, terharu benar rasa suasana. Terasa benar ke-ummah-annya. 

Selepas siap berkemas dan solat maghrib di masjid, kami bergerak ke kedai makan Mee Rebus. Mak uih. Selera aku kembali. Selamba aku habiskan mee rebus daging dan mee rebus ayam. PUAS! Selesai makan dan berasap, tibalah sesi salam-salam. Tampak mesra lain macam. Lama tak rasa macam ni. Gembira aku, lain macam. 

Terima kasih kepada guide. Kerana sudi memandu arah dan regroup. 

Terima kasih kepada gogo. Kerana sudi mengizinkan aku turut serta.

Terima kasih kepada sweeper. Kerana sudi menemani full 3 hari. 

Terima kasih kepada rakan pendaki. Kerana sabar menanti aku ketika regroup-regorup. 

Terima kasih kepada sahabat. Kerana korang, aku sampai juga. Berpeluang melempiaskan kasih akan rindu yang lama. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *